Apa itu kanser serviks?
Barah serviks adalah diantara barah
kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi
apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel
barah.
Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human
papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada
HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari
menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup
bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks
kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia
35-55 tahun.Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks
berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke
2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami
sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius,
anda mungkin akan mengalami:
- Pendarahan semasa bersama
- Pendarahan ditengah bulan
- Pendarahan selepas menopos
- Keluar lendir berdarah dan berbau
busuk dari faraj
- Sakit semasa seks
Siapa Wanita yang berisiko untuk
mendapat kanser cerviks?
Fakta berikut boleh meninggikan
risiko anda untuk kanser serviks
- Mempunyai pasangan berbilang
- Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
- Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
- Kurang daya tahan imun
- Merokok
Apa yang doktor akan lakukan
sekiranya saya mempunyai gejala di atas?
- Ujian Pap - Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
- Ujian HPV - Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
- Colposcopy - Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
- Rawatan - Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Bagaimana untuk mencegahnya?
Anda boleh mengurangkan risiko untuk
mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak
melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh
mengurangkan jangkitan HPV dengan:
- Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
- Elakkan hubungan seks pada usia muda
- Tidak merokok
- Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
- Suntikan Vaksin
MENCEGAH CARA JSD
1. JAMU SUSUK PENGANTIN DARA - untuk
membuat pembersihan rahim bg wanita yg sudah berkahwin atau wanita yg
kehilangan dara akibat dr teraniaya..
2. JAMU AKU DARA - untuk wanita yg
masih dara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan